Search
Close this search box.

Tun Taib menghargai rakyat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau

ByAkma Salleh

KUCHING, 21 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengesahkan diri beliau dalam keadaan baik dan kini berada di luar negara.

Dengan itu, beliau menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua rakyat Sarawak yang telah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau selama ini.

‘Saya dalam keadaan baik’ – Tun Taib | TVS

“Saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat dan akan balik ke Sarawak sedikit masa lagi setelah mendapat kebenaran,” kata beliau menerusi perutusan sempena Kemerdekaan Sarawak Ke-60, hari ini.

Tun Taib dalam pada itu menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berupaya membawa negeri ini untuk mencapai matlamat menuju negeri maju menjelang 2030.

“Sambutan kemerdekaan kali ini adalah amat bermakna, sebagai tanda kesyukuran serta memperingati usaha perjuangan rakyat Sarawak yang berterusan untuk membangunkan Sarawak yang kita cintai.

“Saya amat yakin bahawa di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak akan dapat mencapai matlamatnya sebagai sebuah wilayah maju menjelang 2030 kerana kita telah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca-Covid 19 (PCDS 2030) yang komprehensif untuk memastikan Sarawak akan dapat terus maju dan makmur,” ujarnya.

Beliau juga berharap rakyat Sarawak akan terus kekal bersatu, aman dan harmoni serta meraikan perpaduan dalam kepelbagaian antara kaum kerana ia adalah aspirasi Kerajaan Sarawak agar semua rakyat akan mengecapi kemajuan secara menyeluruh.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan Astana Negeri Sarawak telah mengesahkan Tun Taib sihat dan dalam keadaan baik serta menyangkal dakwaan yang tular di media sosial mengenai tahap kesihatan beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan