Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat.

Premier Sarawak galak usahawan PKS sertai PBA 2023

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 21 Jul: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggalakkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menyertai Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 202.

Beliau berkata anugerah berprestij itu akan menjadi platform untuk mempromosikan inovasi yang merangsang ekonomi sarawak dan negara.

Abang Johari juga berkata penyertaan mereka juga akan merancakkan lagi sektor keusahawanan dan perniagaan, usahawan dan ahli perniagaan selepas ini.

“Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari Sarawak telah berjaya diiktiraf dan telah menjadi penerima Anugerah Perniagaan Platinum. Saya amat menggalakkan PKS Sarawak dan pemilik perniagaan untuk menyertai Anugerah

“Saya percaya Usahawan PKS, tidak kira dari kampung atau luar bandar, pasti akan berjaya jika mereka bekerja keras.

“Komuniti keusahawanan yang kukuh pastinya akan menggalakkan inovasi dan menyumbang ke arah pembangunan ekonomi Sarawak dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat pada Majlis Sarawak Roadshow Platinum Business Awards 2023 di sini, pada Jumaat.

Anugerah yang dianjurkan SME Malaysia tersebut ujar beliau sebagai penanda aras prestasi perniagaan dan standard kualiti PKS atau perniagaan.

Pencalonan untuk PBA 2023 dibuka sehingga 15 Ogos 2023 dan majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada 10 November  depot di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Hadir sama Presiden SME Malaysia Ding Hong Sing, Pengerusi PBA 2023, Datuk Ada Poon, Presiden SME Sarawak, Jordan Ong. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan