Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Majlis Penyampaian Watikah dan Penyerahan Ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri (APM) Sarawak

Lapan daerah di luar bandar Sarawak terima ambulans pacuan empat roda

ByAdlina Rahman

KUCHING, 21 Julai: Tujuh daripada 15 buah ambulans pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Negeri (APM) Sarawak ditempatkan di lapan daerah di luar bandar negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penerimaan ambulans jenis pacuan empat roda tersebut amat bertepatan ekoran keadaan geografi negeri ini sekali gus persediaan menghadapi bencana.

Menurut beliau antara daerah terlibat ialah Serian, Matu, Betong, Debak, Belaga, Selangau, Kapit dan Lawas.

Beliau berkata statistik bencana di sesebuah daerah terlibat diambil kira dalam pemberian ambulans berkenaan dalam usaha pihak APM Sarawak menyediakan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat di negeri ini.

“Saya yakin mereka telah membuat keputusan yang teliti dalam perkara ini,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyampaian Watikah dan Penyerahan Ambulans APM Sarawak di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong serta Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Aminurrahim Mohamed.

Dalam perkembangan lain, Uggah menyatakan hasrat bahawa kerajaan ingin memperkenalkan satu dasar baharu berkaitan persediaan menghadapi bencana, terutama sekali di kawasan pedalaman.

Tegas beliau dasar tersebut diperlukan untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada mangsa bencana dengan segera.

“Yang pertama, mengarahkan komuniti tersebut berpindah ketika banjir. Yang kedua mereka nak menentukan brapa org di kampung itu.

Jadi apabila bantuan dari luar sampai, mereka sudah selamat. Jadi kita nak memperluaskan dasar ini ke seluruh negeri Sarawak,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap juga para Menteri atau Timbalan Menteri yang berkaitan turut mengenegahkan dasar itu di peringkat persekutuan.

Sementara, majlis turut menyaksikan sembilan orang Pegawai Bersekutu pelbagai latar belakang turut dilantik dalam membantu APM Sarawak memantapkan lagi perkhidmatan di negeri ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan