Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditemui dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain (UNIFOR) 2023, di Kuching, hari ini. Foto: TVS
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain (UNIFOR) 2023, di Kuching, hari ini.

Jawatankuasa percepat proses penukaran status Pelabuhan Bintulu ditubuh – Uggah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 21 Julai: Satu jawatankuasa yang diwakili kerajaan negeri dan persekutuan bakal ditubuhkan bagi mempercepatkan proses penukaran status Pelabuhan Bintulu, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata hasrat menubuhkan jawatankuasa itu telahpun dipersetujui Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

Menurut beliau jawatankuasa itu bertujuan membuat laporan penuh dan mengemukakan cadangan proses penukaran status Pelabuhan Bintulu dalam masa yang terdekat.

“Sekarang ada jawatankuasa kecil yang ditugaskan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Bin Mohd Ali.

“Oleh itu, kita akan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa teknikal untuk dibentangkan pula kepada jawatankuasa induk MA63.

“Kita yakin bahawa isu dan cadangan ini boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan dan dapat dimuktamadkan di kemudian hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain 2023, di sini, pada Jumaat.

Tambah Uggah, jawatankuasa itu turut dianggotai Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak (MIPD).

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, yang juga merangkap Timbalan Menteri bertanggungjawab bagi Majlis UNIFOR 2023 dan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan