Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: TVS

Hayati Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka, kukuhkan perpaduan – Abdul Karim

ByConnie Grace

KUCHING, 21 JULAI: Rakyat diseru untuk menghayati Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka agar menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan negeri sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum, agama dan bangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semangat positif itu akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Tegasnya, erti kemerdekaan perlu dihayati dan difahami sepenuhnya agar setiap pengorbanan pejuang terdahulu dihargai.

“Sebab itu kita hendak mengembalikan peristiwa bersejarah supaya rakyat dapat menghayati setiap perkara yang berlaku di negeri kita ini, kerana ada  terkorban ketika berjuang demi kemerdekaan.

“Menerusi aktiviti konvoi kembara yang sudah berjaya…saya percaya ia sedikit sebanyak membawa pesanan kepada penduduk di setiap pelusuk pedalaman untuk memahami dan mengerti erti pengorbanan pemimpin kita yang terdahulu menuntut kemerdekaan negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara, Dialog TVS yang mengengahkan topik – Signifikan Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka, pada Jumaat,

Beliau pada masa sama menyifatkan penganjuran pelbagai acara sepanjang Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka merupakan kuasa penyatuan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Harapan kita apabila menjalankan aktiviti yang diadakan ini, rakyat dapat terima…ekiranya rakyat faham erti kemerdekaan itu, ia adalah hasil pengorbanan pemimpin kita yang terdahulu,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan