Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni ketika ditemui semasa melakukan lawatan kerja di Hospital Sibu, semalam. Foto: TVS.

Atasi kekurangan doktor pakar mata dengan seberapa segera – Lukanisman

SIBU, 21 Julai: Kekurangan doktor pakar mata di Hospital Sibu akan diatasi secepat mungkin, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Menurutnya, beliau telah diberi taklimat oleh Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu mengenai cabaran dihadapi hospital berkenaan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kekurangan doktor pakar menyebabkan tempoh menunggu terlalu lama dan membebankan pesakit terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar untuk mendapatkan rawatan di Sibu.

Ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sibu semalam, beliau turut dimaklumkan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr The Ho Jun mengenai keperluan mendesak untuk mewujudkan klinik baharu dan menaik taraf klinik sedia ada di kawasan, khususnya bagi klinik kesihatan kelas tiga.

Ini berikutan keperluan yang meningkat daripada penduduk bukan sahaja di Sibu malah penduduk di kawasan sekitar yang turut mendapatkan khidmat kesihatan di bandar tersebut.

“Saya telah meminta Dr Teh Ho Jun berbincang dengan Jabatan Tanah dan Survei dan juga Kerajaan Sarawak untuk melihat kesesuaian tapak tanah sebelum KKM mengajukan cadangan.

“Kita turut meninjau keperluan seperti peralatan dan juga apabila kita memohon keperluan ini bukan hanya peralatan yang perlu tetapi mesti datang sekali dengan perjawatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan