Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat lain ketika menghayati ceramah khas bertajuk 'Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan' yang disampaikan oleh Mufti Datu Kipli Yassin. Foto: Mohammad Rafiq

Abang Johari, isteri hadiri Majlis Kesyukuran Perdana 60 tahun Sarawak Merdeka

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 JULAI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Majlis Kesyukuran Perdana sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Masjid Jamek Negeri Sarawak, malam ini.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Sejurus Abang Johari bersama para jemaah mengalunkan bacaan zikir Asma’ul Husna sebelum mendengar ceramah khas bertajuk ‘Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan’  yang disampaikan Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin.

Majlis diteruskan dengan solat fardu Isyak berjemaah diikuti bacaan doa kesyukuran sempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka.

Majlis turut disiarkan serentak dan secara langsung kesemua masjid di seluruh bahagian yang menyaksikan setiap majlis kesyukuran di setiap masjid diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen masing-masing.

Turut hadir Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kehormat lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan