Search
Close this search box.
Seorang pelajar perempuan universiti swasta mengalami kerugian sehingga RM5 ribu akibat kes penipuan tawaran kerja di media sosial Facebook. Foto hiasan Envato.

Penjaga stor di Sibu rugi lebih RM100 000 ditipu ‘scammer’

ByTiana Azni

SIBU, 20 Julai: Seorang penjaga stor mengalami kerugian mencecah RM101 200 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu tertarik dengan tawaran pelaburan yang diiklankan menerusi Facebook pada 30 Mei lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri

Kata beliau, mangsa kemudian menghubungi nombor yang diberikan dan suspek telah menunjukkan cara-cara untuk ‘melabur’.

“Mangsa juga diyakinkan akan mendapat keuntungan tinggi mengikut nilai pelaburan dan seterusnya diminta memuat turun aplikasi “PSLUS” melalui Google Play Store untuk membolehkan pelaburan dilakukan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd. Azman sebanyak 11 transaksi pemindahan wang berjumlah RM101,200 telah dilakukan oleh mangsa ke enam akaun berbeza sejak pertengahan Jun 2023 sehingga awal bulan ini.

Ujarnya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima keuntungan dijanjikan oleh suspek sehingga laporan polis dibuat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambah beliau. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan