Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka bahagian Kuching, di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka menuju ke Teluk Melano

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Julai: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka menghampiri kemuncaknnya apabila meneruskan perjalanan ke tiga lokasi terakhir sejauh 285 kilometer (km) melibatkan Teluk Melano, Lundu dan Bau hari ini.

Ia sekali gus akan melengkapkan jelajah yang bermula di Limbang pada 28 Mei lalu.

Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka bahagian Kuching, di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Seramai 100 peserta mengambil bahagian dalam konvoi berkenaan yang terdiri daripada 60 motosikal berkuasa tinggi, 30 kenderaan pacuan empat roda dan 30 kenderaan lain yang merangkumi agensi kerajaan dan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis pelepasan konvoi di Majma Mall pagi ini telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng.

Pada Sabtu ini, peserta konvoi akan menyerahkan bendera kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Padang Merdeka.

Secara keseluruhan, konvoi selama 56 hari yang berakhir pada 22 Julai ini meliputi jumlah jarak sejauh 3,516 km. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan