Search
Close this search box.
60 motosikal berkuasa tinggi, 30 kenderaan pacuan empat roda dan 30 kenderaan lain yang merangkumi agensi kerajaan dan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka bahagian Kuching, hari ini. Foto: Mohd Khirudin (TVS)

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka lengkap jelajah 12 Bahagian

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Julai: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka kini melengkapkan jelajahnya meliputi 12 Bahagian di seluruh negeri ini setelah melewati tiga lokasi terakhir di Kuching sejauh 285 Kilometer (km).

Hari terakhir konvoi menyaksikan 60 motosikal berkuasa tinggi, 30 kenderaan pacuan empat roda dan 30 kenderaan lain yang merangkumi agensi kerajaan dan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan perjalanan sekitar jam 8 pagi tadi.

Perjalanan dari Majma Mall menunju ke Teluk Melano itu telah disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang serta masyarakat setempat.

Seterusnya, konvoi itu bergerak melewati beberapa buah kampung di daerah Lundu dan kemudiannya bergerak ke Dewan Suarah Bau dengan ketibaan disambut oleh ADUN Serembu, Miro Simuh dan Timbalan Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Usai itu, konvoi berkenaan bertolak pulang ke Kuching dengan diketuai oleh Residen bahagian Kuching, Fathi Hambali menuju semula ke Majma Mall dan kemudiannya bersurai pada jam 5 petang tadi.

Pada Sabtu ini, konvoi berkenaan akan menyertai upacara menyerahkan bendera kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Padang Merdeka sekali gus menandakan konvoi tersebut berjaya menjelajah negeri ini selama 56 hari dengan perjalanan 3,516 km bermula dari Limbang pada 28 Mei lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan