Search
Close this search box.
Raptai penuh Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, hari ini. Foto: TVS

[Gambar dan video] Sekitar raptai penuh Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka

BySaibi Gi

PERSIAPAN menjelang Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu ini (22 Julai) berjalan lancar.

Hari ini, raptai penuh diadakan dengan disaksikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Sebanyak 75 kontinjen yang membabitkan lebih 3,000 orang peserta akan mengambil bahagian dalam perarakan ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan hadir sebagai tetamu kehormat pada upacara yang bermula pada 7 pagi.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang raptai penuh, hari ini (20 Julai).

CERIA: Antara kontinjen yang akan menyertai Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Saibi Gi (TVS)
MENGHIBURKAN: Setiap kontinjen akan mempersembahkan tarian ringkas di hadapan pentas utama. Foto: Saibi Gi (TVS)
SEGAK: Kontinjen Jabatan Tanah dan Survei turut akan memeriahkan Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Saibi Gi (TVS)
INKLUSIF: Kontinjen Persatuan Orang Ulu turut mewarnai Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Saibi Gi (TVS)
TARIKAN PELANCONG: Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka dijangka akan menarik perhatian para pelancong. Foto: Saibi Gi (TVS)
KEMAS DAN SEGAK: Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia yang menyertai raptai Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Saibi Gi (TVS)
PERSEMBAHAN: Semangat kemerdekaan yang tersemat dalam sanubari setiap peserta jelas kelihatan pada wajah mereka. Foto: Saibi Gi (TVS)
PERPADUAN: Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka mencerminkan perpaduan kaum dan agama yang teguh di Sarawak.. Foto: Saibi Gi (TVS)
TRADISI: Tradisi kaum yang dijunjung, satu cerminan kepelbagaian budaya di Bumi Kenyalang. Foto: Saibi Gi (TVS)
PENYERTAAN SEMUA: Kontinjen bermotosikal turut tidak melepaskan peluang menyertai perarakan pada 22 Julai ini. Foto: Saibi Gi (TVS)
Raptai penuh Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

 

Perarakan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka bakal menjadi tarikan pelancong.

Bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, TVS akan menyiarkan siaran langsung program-program menarik untuk anda.

📺 Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain
🗓️ 21 Julai 2023 | Jumaat | 8:45 Pagi
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV
📱FB TVS, TikTok TVS & YouTube TVS

📺 Majlis Kesyukuran Perdana
🗓️ 21 Julai 2023 | Jumaat | 7:15 Malam
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV
📱FB TVS, TikTok TVS & YouTube TVS

📺 Perarakan Hari Sarawak 2023
🗓️ 22 Julai 2023 | Sabtu | 7:30 Pagi
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV
📱TikTok TVS & YouTube TVS

📺 Istiadat Pengurniaan Pingat
🗓️ 22 Julai 2023 | Sabtu | 12:30 Tengah Hari
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV
📱FB TVS, TikTok TVS & YouTube TVS

📺 Pra-Persembahan Konsert Rakyat (Eksklusif di Digital TVS)
🗓️ 22 Julai 2023 | Sabtu | 7:15 Malam
📱TikTok TVS

📺 Behind-The-Scenes Konsert Rakyat (Eksklusif di Digital TVS)
🗓️ 22 Julai 2023 | Sabtu | 7:30 Malam
📱TikTok TVS Entertainment

📺 Konsert Rakyat
🗓️ 22 Julai 2023 | Sabtu | 8:30 Malam
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV
📱TikTok TVS & YouTube TVS Entertainment

📺 Perarakan Kapal Berhias
🗓️ 29 Julai 2023 | Sabtu | 8:30 Malam
📺 TVS saluran 122 Astro & MYTV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan