Search
Close this search box.
OP SAR dijalankan di kawasan pantai dan laut Kuala Bakam Miri dan Marina. Foto: IPD Miri.

Dua nelayan selamat berpaut pada bot hampir karam, empat masih hilang di Perairan Miri

MIRI, 20 Julai: Dua daripada enam nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Miri ditemui selamat petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua mangsa ditemui pada kedudukan 8.6 batu nautika dari Kuala Bakam pada pukul 3.30 petang.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terapung sambil berpaut pada bot yang hampir tenggelam akibat dipukul ombak kuat.

“Kedua-dua mangsa dibawa oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Jeti Marina Bay dalam keadaan baik. Mereka tidak mengalami kecederaan serius,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kata beliau, polis yang menerima dua laporan berhubung kejadian segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

“Operasi diketuai oleh APMM Zon Miri serta dibantu oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat( (JBP) untuk pencarian di kawasan laut.  Pasukan Polis Marin dan nelayan tempatan pula melakukan pencarian di pinggir pantai,” katanya.

Jelas Alexson Naga, SAR di daratan diketuai oleh polis dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melibatkan kawasan pencarian di Pantai Bakam hingga ke Pantai Marina.

“Setakat ini, empat nelayan masih hilang,” katanya. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan