Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1445h / 2023m pada Rabu. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Piagam Madinah asas urus tadbir Sarawak – Abang Johari

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 19 Julai: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya telah mengambil Piagam Madinah sebagai contoh untuk urusan pentadbiran kerana ia bersifat adil kepada masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Premier Sarawak itu berkata, piagam berkenaan juga menekankan budaya saling menghormati yang sesuai diamalkan di sini.

Kata Abang Johari, kerangka yang turut dikenali sebagai Perlembagaan Madinah merupakan salah satu perlembagaan bertulis yang terawal di dunia dan penting kepada sejarah Islam.

“Rasulullah S.A.W telah menubuhkan satu kerajaan berteraskan kepada Piagam Madinah yang memberi satu pendekatan adil.

“Orang Islam dan bukan Islam diurus menerusi satu struktur yang berpaksi kepada sikap hormat di antara satu sama lain dan tidak ada pertembungan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1445H/ 2023M di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Pada majlis sambutan berkenaan, Abang Johari turut memberikan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Dagang di atas sumbangan beliau kepada umat Islam di Sarawak.

Liwan yang merupakan wakil rakyat bukan Islam telah mencadangkan supaya sebuah masjid untuk kegunaan umat Islam dibina di Belaga.

“Alhamdulillah kita dapat mentadbir dengan baik, dengan jentera kerajaan serta penjawat awam yang terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.

“(Saya berbangga) kerana tidak ada perbezaan, mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Bayangkanlah kita telah mendirikan sebuah masjid di Belaga dan yang memohonnya ialah ADUN bukan Islam,Datuk Liwan Dagang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan