Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Superintenden Parum Niot. Foto: TVS

Pecah mesin ATM lelaki tempatan dipenjara 8 bulan

LIMBANG, 19 Julai: Mahkamah Majistret pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana memecahkan Mesin Juruwang Automatik (ATM) bank di sini pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot dalam satu kenyataan hari ini berkata tertuduh berusia 42 tahun itu dituduh di Mahkamah Majistret pada jam 10 pagi, semalam.

“Tertuduh telah mengaku bersalah keatas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Shafiza Datu Abdul Razak Tready.

“Tertuduh telah dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara bagi setiap empat pertuduhan,” katanya.

Jelas Parum pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes jenayah khianat di bandar ini melibatkan tiga kes pecah skrin mesin ATM dan satu kes pecah cermin kenderaan hasil daripada tangkapan itu.

“Polis menasihati kepada masyarakat untuk tidak terlibat sama sekali dalam segala jenis jenayah yang mampu mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam,” jelasnya.

Pada 9 Julai lalu pihaknya menerima dua laporan polis berkenaan kes seorang lelaki telah dengan sengaja memecahkan skrin mesin ATM di dua buah bank tempatan di bandar ini dan polis Limbang berjaya menangkap tertuduh pada 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat dalam kes berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan