Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak di Kompleks Islam Sarawak pada Rabu. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Kerajaan Sarawak kongsi pendapatan tinggi dimiliki dengan rakyat – Abang Johari

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 19 Julai: Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak telah menunjukkan kejayaan pada fasa pertama perlaksanaannya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini dapat dilihat berdasarkan pengiktirafan oleh Bank Dunia baru – baru ini terhadap prospek ekonomi Sarawak.

Kerajaan Sarawak bakal merakyatkan pendapatan negeri | TVS

“Tiga minggu lalu, kita dimaklumkan bahawa dasar PCDS 2030 yang bertujuan untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi telah berjaya.

“(Ini termasuklah) Bank Dunia telah mengisytiharkan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Sarawak di Kompleks Islam Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Ahli ekonomi bank dunia, Dr Apurva Sanghi baru – baru ini berkata, Sarawak kini merupakan negeri berpendapatan tinggi susulan pendapatan negara kasar (PNK) telah melebihi ambang pendapatan tinggi USD13,205 (RM61,500).

Abang Johari sebelum ini berkata, pada tahun lepas, pendapatan Sarawak mencecah RM12 bilion yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau optimis Sarawak akan terus mencatatkan tambahan pendapatan pada 2023 berdasarkan prospek ekonomi dimiliki.

Mengenai bagaimana kerajaan negeri akan membelanjakan pendapatan itu pula, Abang Johari memberi jaminan bahawa nikmat limpahan ekonomi Sarawak akan dikongsi bersama rakyat.

“Kerajaan Sarawak menyediakan bantuan kepada mereka di bawah kategori B40 yang bercita-cita untuk memiliki rumah di bawah dengan menawarkan bantuan sebanyak RM 10,000.

“Kita bantu rakyat kerana penting untuk memiliki rumah,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan