Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat. Foto Fail AFP.

Calon PM Thailand dikenakan penggantungan Ahli Parlimen

ByBernama

BANGKOK, 19 Julai: Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memerintahkan calon perdana menteri, Pita Limjaroenrat dikenakan penggantungan sebagai Ahli Parlimen.

SPR Thailand syor calon PM Pita digantung sebagai Ahli Parlimen, atau hilang kelayakan

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah menerima kes bahawa Pita didapati tidak layak bertanding jawatan Perdana Menteri kerana memegang saham dalam sebuah syarikat media ketika mendaftar pencalonannya pada Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Pita sepatutnya bertanding dalam undian kedua parlimen bagi pencalonan perdana menteri hari ini.

Dalam satu kenyataan, Mahkamah Perlembagaan menegaskan pihaknya telah mempertimbangkan fakta dalam petisyen dan dokumen sokongan yang telah dikemukakan.

“Hakim sebulat suara bersetuju menerima kes yang difailkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tujuh berbanding dua bersetuju untuk menggantung Pita sebagai ahli parlimen mulai hari ini sehingga diputuskan kelak,” menurut kenyataan itu.

Pita mempunyai 15 hari untuk mengemukakan penjelasan bagi membela dirinya.

Pengumuman itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Ahli Parlimen dan anggota Senat boleh mengundi bagi pencalonan Pita hari ini.

Perbahasan sama ada Pita boleh dicalonkan semula untuk jawatan perdana menteri masih dibahas di Parlimen.

Sementara itu, penyokong Parti Move Forward (PMF) berkumpul di luar bangunan Parlimen membantah keputusan Mahkamah Perlembagaan.

Pada 13 Julai, Pita gagal mendapat sokongan lebih separuh daripada 749 anggota Parlimen dalam percubaan pertamanya.

Walaupun menjadi calon perdana menteri tunggal, Pita hanya mendapat 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali.

Pada Sabtu, Pita berkata beliau akan memberi laluan kepada Parti Pheu Thai jika gagal sekali lagi meraih sokongan yang diperlukan dalam undian kedua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan