Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menerima cenderamata daripada agensi yang menyertai pameran Hari Kerjaya dan Pendidikan, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong hari ini. Foto: TVS

Perkasa penguasaan Bahasa Inggeris

BINTANGOR, 18 Julai: Setiap pelajar perlu memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan penting mereka sebelum melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Datuk Ding Kuong Hiing hadir pada Hari Kerjaya dan Pendidikan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong hari ini. Foto: TVS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, ia juga sejajar perkembangan pesat teknologi digital selain peranan penting bahasa itu sebagai medium komunikasi di peringkat antarabangsa.

Katanya, penekanan terhadap penggunaan bahasa rasmi kedua di Sarawak itu selari dengan perkembangan zaman selain bertepatan dengan hasrat untuk meletakkan mereka dalam bidang pekerjaan yang bersesuaian.

“Saya ingin menasihatkan pelajar supaya memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris supaya mereka dapat bersaing apabila tamat pengajian kelak,” katanya pada Hari Kerjaya dan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Meradong di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) diwujudkan bertujuan membuka peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran.

Pada masa sama katanya, kerajaan juga menyediakan pelbagai bentuk latihan dan memperkukuhkan TVET sekali gus menyediakan ruang kepada generasi melengkapkan diri dengan kemahiran selaras dengan tuntutan Revolusi Industri (IR4.0).

“Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk memulakan usaha bagi menyediakan diri untuk SPM yang akan datang.

“Persiapan yang rapi akan membolehkan para pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan seterusnya membina masa depan yang lebih terjamin,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan