Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan operasi memadamkan kebakaran di Kampung Jeriah Utara petang tadi. Foto: BBP Sungai Merah.

Pasangan warga emas hilang tempat berteduh, rumah terbakar 80 peratus

SIBU, 17 Julai: Pasangan suami isteri warga emas hilang tempat berteduh selepas rumah mereka di Kampung Jeriah Utara, di sini terbakar petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB ) Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.30 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari balai.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur tidak kekal milik persendirian yang telah musnah sebanyak 80 peratus.

“Pasukan menggunakan pili Bomba dan membentangkan dua aliran 200 kaki, satu cabang pembahagi, tiga nozel dan menggunakan sumber air dari parit berhampiran untuk memadamkan kebakaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa dan operasi tamat pada pukul 5.21 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan