Search
Close this search box.
Sesi pertukaran 10 sesi MoA, MoU, dan MoC dalam sektor pendidikan yang disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled (tengah) di Jakarta, hari ini. Foto: David Andreas (TVS)

Malaysia sedia terima lebih ramai pelajar Indonesia di universiti tempatan

ByTVS

JAKARTA, 18 Julai: Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk mengukuhkan sektor pendidikan menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA), Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Sri Mohamed Khaled berkata, kerjasama itu membabitkan pertukaran empat MoA, lima (MoU) dan satu MoC melibatkan agensi dan universiti di Indonesia.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama pendidikan | TVS

Katanya, langkah itu juga bermaksud kerjasama sektor pendidikan tinggi membabitkan Malaysia dengan Indonesia telah memacu era baharu.

“Kita sekarang mahu membawa kerjasama hubungan kedua – dua negara dalam sektor pendidikan kepada tahap yang lebih tinggi lagi,” katanya kepada media.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Malaysia bersedia menerima lebih ramai pelajar Indonesia bagi membantu negara ini mencapai matlamatnya sebagai negara maju.

Kata beliau perkara berkenaan dapat dilaksanakan memandangkan kesemua kerjasama itu membabitkan bidang perubatan, sains dan teknologi.

“Kerjasama ini dijangka akan membawa anggaran dana penyelidikan dalam bidang sains dan tenaga berjumlah lebih RM10 juta.

“Tak hanya itu, bidang pembangunan penyelidikan dan inovasi boleh memberi impak kepada institusi pendidikan tinggi di Malaysia malah turut memberi manfaat kepada negara jiran seperti Indonesia,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan