Search
Close this search box.
Foto: PDRM

Lelaki kurang siuman mengamuk, cederakan dua anggota polis

ByTVS

KOTA KINABALU, 18 Julai: Seorang lelaki kurang siuman ditahan selepas mencederakan dua anggota polis di rumahnya di sini, semalam.

Suspek yang bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging turut mengurung ibu dan mengasari kakaknya di dalam rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu sekitar jam 2.30 petang.

“Suspek bersenjata bertindak mengurung ibu dan kakaknya di dalam rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zaidi berkata, suspek telah dipujuk untuk menyerah diri namun, tiada tanda – tanda suspek mahu memberi kerjasama.

“Suspek turut bertindak agresif dan menyerang dua anggota polis berpangkat Sarjan menyebabkan mereka mengalami kecederaan di bahagian lengan, kepala dan bahu kanan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh dan jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan