Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di Bukit Mertajam hari ini. Foto: TVS

Projek naik taraf 436 klinik daif dijangka siap hujung tahun – Dr. Zaliha

BUKIT MERTAJAM, 17 Julai: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan projek menaik taraf 436 buah klinik daif di seluruh negara akan siap menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sebahagian daripada projek berkenaan telah siap selepas mula dilaksanakan pada Mei lepas.

Ujarnya, KKM memperuntukkan RM100 juta tahun ini bagi mewujudkan suasana kondusif kepada pesakit dan keselesaan kepada kakitangan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di Bukit Mertajam hari ini. Foto: TVS

“Sekiranya ada penjimatkan dalam membaik pulih semula fasiliti itu, kita akan gunakan wang tersebut untuk baiki klinik lain pula.

“Sebanyak 436 klinik dikenal pasti untuk tahun ini (dibaik pulih) dan kita akan tengok (untuk membaiki) klinik lain pula pada tahun depan,” kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di sini.

Menurut Zaliha, Inisaitif Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif dilaksanakan selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang mana KKM sedang meningkatkan usaha untuk mereformasi sistem kesihatan negara bagi kesejahteraan rakyat.

Klinik daif merupakan klinik-klinik uzur khususnya sudah berusia 15 tahun yang mempunyai masalah berkaitan utiliti elektrik dan mengalami kerosakan akibat banjir atau kebakaran. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan