Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto TVS.

Polis Sarawak terima lima laporan gangguan seksual, rogol pelanggan e-hailing

ByAdlina Rahman

KUCHING, 17 Julai: Polis menerima lima laporan kes gangguan seksual dan rogol yang dibuat oleh pelanggan perkhidmatan e-hailing di sini sejak 2021 hingga Jun tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, empat daripada lima kes itu berlaku di Miri dan satu di Kuching.

Katanya, kesemua kes melibatkan pemandu dari syarikat e-hailing yang sama.

“Kes pertama berkaitan rogol yang berlaku pada 3.12.2021 di Lutong, Miri.

“Suspek telah ditahan dan sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Bagi kes kedua dan ketiga pula yang dilaporkan pada 2022 di Lutong, Mohd. Azman memberitahu, siasatan polis mendapati suspek merupakan individu yang sama.

“Suspek juga telah dituduh dan masih dalam perbicaraan,” katanya.

Bagi kes keempat pula katanya, kejadian berlaku di Batu Kawa, Kuching.

Beliau memberitahu, kes dilaporkan pada 20.10.2022 dan suspek telah dituduh di mahkamah.

“Kes kelima pula berlaku pada 14 Jun lepas di Lutong dan suspek juga telah dituduh di mahkamah manakala perbicaraan dijadualkan pada 18 Julai,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai langkah untuk mencegah insiden berkenaan, Mohd. Azman menasihati penumpang wanita dan kanak-kanak supaya sentiasa berwaspada.

“Ini termasuklah jangan meneruskan perbualan dengan pemandu sekiranya anda mengesan perbualan berbaur seksual atau mencurigakan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada polis jika menjadi mangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan