Search
Close this search box.
Rodiyah Sapiee (tengah) dan Datuk Naroden Mohd Majais (tengah) ketika menghadiri Sambutan Konvoi Sarawak Merdeka 60 tahun peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Hayati perjuangan pemimpin kemerdekaan Sarawak – Naroden

ByHafeezzur Muzamir

GEDONG, 17 Julai: Rakyat Sarawak terutamanya generasi muda perlu menghayati keringat dan air mata serta darah perjuangan generasi terdahulu bagi memerdekakan negeri ini.

Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais berkata, kemerdekaan Sarawak pada hari ini tidak mungkin wujud tanpa jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu.

“Oleh itu, kita sangat terhutang budi dan berterima kasih kepada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Sambutan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 Tahun peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu menyeru agar generasi masa kini untuk menghargai nikmat kemerdekaan yang dimiliki Sarawak dan meraikan Hari Sarawak dengan penuh bersemangat.

Selain itu, Naroden bekata, pemimpin masa kini khususnya dalam Kerajaan Sarawak perlu meneruskan legasi cemerlang pemimpin terdahulu dalam menjaga Sarawak.

“Saya yakin pemimpin Sarawak masa kini akan mengukir sejarah yang akan diingati oleh generasi yang akan datang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan