Search
Close this search box.
Tangkap layar menunjukkan suspek memukul ibunya sehingga cedera di muka. Foto: IPD Mukah.

Anak pukul ibu berusia 91 tahun di Selangau ditahan polis

MUKAH, 17 Julai: Perbuatan kejam seorang anak yang tergamak memukul ibu kandungnya membawa padah apabila dia diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Muhammad Rizal Alias berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan di Pekan Selangau pada pukul 3 petang.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Tangkapan dibuat susulan satu video berdurasi 26 saat yang tular di Facebook pada 16 Julai lalu.

“Rakaman menunjukkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di sebuah rumah panjang di Selangau pada 14 Julai lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berusia 91 tahun mengalami kecederaan di muka dan dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Muhammad Rizal, laporan berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Selangau pada pukul 11 malam hari kejadian.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video itu kerana boleh mengganggu siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan