Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (lima, kiri) bergambar bersama pengerusi Proton Tan Sri Syed Faisal Albar (lima, kanan) pada Majlis Konvensyen Pelabur dan Vendor Global Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) 2023, hari ini.Foto Bernama.

AHTV Malaysia mampu jadi hab pasaran EV Asia Pasifik bernilai US$778 bilion

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Lembah Teknologi TinggiĀ Automotif Malaysia (AHTV) menawarkan peluang komersil serta rantaian bekalan yang luar biasa untuk pelabur automotif, selainĀ berpotensi menjadi hab bagi pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai US$778 bilion (US$1=RM4.53).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata AHTV bersedia menjadi hab, yangĀ mana profesional industri automotif boleh tinggal, bekerja dan membangunkan teknologi baharu yang akan digunakan dalam kenderaan generasi akan datang (NxGV), EV termasuk kenderaan cekap tenaga (EEV).

AHTV merupakan satu-satunya kluster automotif di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai hab NxGV dan EEV.

Oleh itu, kerajaan sedang menawarkan pakej insentif yang menarik seperti pengecualian cukai untuk pembangunan tanah,Ā pembuatan alat ganti,Ā komponen serta penubuhan pusat penyelidikan dan institusi pendidikan.

ā€œKami melihat AHTV mampu menjadi pemacu utama untuk pelabur automotif yang sedang mempertimbangkan bagi terus menjamin rantaian bekalan serantau atau global mereka.

ā€œKami juga melihatnya sebagai pemain utama dalam meningkatkan sumbangan sektor automotif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ) iaitu daripadaĀ RM64.5 bilion pada 2022 kepada RM104.2 bilion menjelang 2030,ā€ katanya pada Konvensyen Pelabur dan Vendor Global Proton 2023 di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata pasaran EV Asia Pasifik bernilai hampir US$230 bilion pada 2021 dan dijangka mencecah kira-kira US$778 bilion pada 2027, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 19.1 peratus antara 2022 dan 2027.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia sudah pun menjadi hab pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) utama di Asia Tenggara.Ā 

ā€œOleh itu, pembuat kereta serta pelabur automotif boleh memanfaatkan kapasiti ini dengan mudah untuk menjamin rantaian bekalan mereka dalam meningkatkan pengeluaran NxGV mereka.

ā€œSubsektor komponen boleh dipermodalkan untuk memberi perkhidmatan kepada keseluruhan rantaian nilai automotifĀ daripada semikonduktor, sensor, elektronik automotif, penghantar, bateriĀ dan pemasangan kenderaan,ā€ katanya.

Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP2030), yang dijangka dilancarkan pada Ogos iniĀ akan menyokong pertumbuhan selanjutnya sektor automotifĀ termasuk menggalakkan penggunaan NxGV, EEV dan EV.

Beliau juga menjelaskan kerajaan telah meningkatkan taraf Pasukan Petugas EVnya kepada Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan, jawatankuasa Kabinet yang merangkumi menteri berkaitan, seperti Menteri Pengangkutan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Salah satu petunjuk prestasi utama jawatankuasa itu adalah untuk mempunyai 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025, yang pastinya akan mengurangkan kebimbangan pemanduan pengguna selain menggalakkan lebih banyak pemilikan EV, kata Tengku Zafrul.Ā 

ā€œTambahan pula, elektrifikasi besar-besaran dalam sektor automotif termasuk industri pembuatan Malaysia adalah amat sesuai dengan amalan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) serta agenda sifar bersih, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga rantau ini.

ā€œOleh itu, kami telah mula mendorong penembusan EV yang lebih tinggi di Malaysia serta menyasarkan sumbangan kenderaan elektrik (EV dan hibrid) sebanyak 15 peratus dalam jumlah volum industri (TIV) menjelang 2030Ā dan 38 peratus daripada TIV padaĀ 2040 ,ā€ katanya lagi.

Tengku Zafrul berkata pada 2022, industri automotif Malaysia mencapai rekod jualan dan meningkat sebanyak 41.6 peratus dari tahun ke tahun kepada 720,658 unit, berikutan permintaan tertahan selepas wabak.

Beliau menambah jualan kenderaan bagi enam bulan pertama 2023 menokok lagi 9.4 peratus dari tahun ke tahunĀ kepada hampir 363,000 unit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan