Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Perasmian SCC, Pelancaran Serian Master Plan dan Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Serian bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka hari ini. Foto: UKAS

SCC bernilai RM87 juta bukti kerajaan tunai janji, lonjak sosioekonomi Serian

ByConnie Grace

SERIAN, 15 JULAI: Projek Pusat Persidangan Serian (SCC) bernilai RM87 juta yang dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan janji  kepada rakyat yang akan memberi impak dari segi sosioekonomi khususnya di Bahagian Serian.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, projek itu merupakan satu lagi mercu tanda bagi Bahagian Serian yang secara tidak langsung akan menarik kedatangan orang luar ke Serian.

“Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2020 dan siap sepenuhnya pada 25 Mac 2023 yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) dan Sarawak Incorporated Sdn Bhd (SISB) selaku kontraktor yang berjaya menyiapkan projek ini mengikut jadual dan bajet yang diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SCC, Pelancaran Serian Master Plan dan Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Serian bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di sini, hari ini.

Katanya, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negeri tujuh tahun yang lepas, pelbagai usaha telah diambil Premier Sarawak dalam usaha untuk membawa pembangunan yang pesat di kawasan Serian khasnya dan negeri Sarawak amnya.

“Pelbagai usaha telah dirancang antaranya ialah mewujudkan persempadanan baharu Pentadbiran Bahagian Serian iaitu menaik taraf Daerah Siburan dan mewujudkan Daerah Kecil Balai Ringin pada 2021.

“Disamping itu, Premier Sarawak bersetuju untuk mewujudkan Agensi Pembangunan Wilayah iaitu Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) yang merangkumi 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Tanjung Datu sehingga ke Balai Ringin di Bahagian Kuching dan Serian selari dengan strategi pembangunan PCDS 2030 untuk menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi,” tambahnya.

Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat menambah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Serian (Serian Master Plan 2030) yang akan dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dapat membawa pembangunan sosioekonomi secara teratur dan mampan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan