Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di laluan bulatan berhampiran Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Projek laluan tengah ART di bulatan Kuching – Samarahan 3 peratus dahului jadual – Uggah

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 15 Julai: Projek  laluan melibatkan kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) di lima bulatan sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan kini tiga peratus mendahului jadual.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek terbabit dijangka siap menjelang November, sebulan selepas projek naik taraf lima bulatan di Lebuhraya Kuching-Samarahan siap.

Prototaip ART tiba di Kuching bulan depan

“Laluan ART ini tiga peratus dahului jadual, kita yakin ia dapat disiapkan mengikut jadual kerana prototaip akan tiba tidak lama lagi.

“Kita amat optimistik agar jalan ini siap mengikut jadual kerana hasil pemantauan tapaknya sudah kukuh di samping beberapa permukaan laluan sudah siap dibina.

 “Jika anda lihat struktur tanah, tiada alasan untuk ia tidak disiapkan mengikut jadual. Ia sangat mudah kerana tidak melibatkan penggalian tanah yang dalam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di laluan bulatan berhampiran Pusat Jantung Sarawak di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, beliau mengakui berpuas hati dengan tahap kemajuan yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor terhadap projek tersebut.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin memaklumkan prototaip sistem ART dijadual tiba di Kuching pada bulan depan untuk latihan kejuruteraan dan bukti konsep (POC).

Beliau berkata, prototaip itu akan menjalani latihan kejuruteraan selama dua bulan di Isthmus, Kota Samarahan, pada September dan Oktober sebagai persediaan untuk latihan POC pada November. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan