Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan: Envato

Polis tahan pembeli, penjual wang palsu nilai RM100 di Instagram

GEORGE TOWN, 15 Julai: Polis memberkas pembeli dan peniaga wang kertas palsu yang dijual di media sosial, Instagram menerusi dua tangkapan pada Sabtu dan Selasa lalu.

Ia membabitkan penjualan wang kertas nilai RM100 pada harga RM1,000 bagi 30 keping berbanding nilai sebenar RM3,000.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, pembeli duit palsu itu telah menggunakan wang tersebut bagi menambah nilai kad Touch N Go di sebuah kedai serbaneka di Jalan Macalister di sini Sabtu lalu.

Ujarnya, lelaki itu menggunakan enam keping wang nilai RM100 untuk membeli tambah nilai RM600 sebelum penolong pengurus stor kedai serbaneka itu mengesyaki ia palsu.

“Bartindak atas maklumat itu, suspek berjaya diberkas kira-kira pukul 11.30 malam di sekitar George Town pada hari sama.

“Siasatan mendapati dia membeli wang berkenaan daripada seorang lelaki yang dikenali di Instagram pada harga RM1,000 bagi 30 keping nilai RM100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Soffian, hasil maklumat, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kemudiannya membuat tangkapan suspek kedua kira-kira pukul 2.45 petang pada Selasa di Bukit Senyum, Johor Bahru.

“Suspek kedua dipercayai menjual wang palsu tersebut kepada suspek pertama yang dikenali di Instagram.

“Pembeli dan penjual wang palsu berkenaan masing-masing direman selama lima dan enam hari bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan