Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Kedah Darul Aman FC Lee Andrew Tuck (depan, kanan) diasak pemain PDRM FC Mohd Safiee Ahmad dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium MBPJ Kelana Jaya malam tadi. Foto: Bernama

Liga Super: JDT terus di puncak liga, Kedah kutip tiga mata di laman sendiri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super 2023 selepas membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan JDT terus melebarkan rekod tanpa kalah selepas 17 perlawanan.

Harimau Selatan membuka jaringan pada minit kesembilan hasil rembatan luar kotak penalti Fernando Forestieri, menewaskan penjaga gol tuan rumah Mohammad Johan Tendot.

Tandukan Oscar Arribas pada minit ke-23 meletakkan anak buah Esteban Solari itu di hadapan sebelum Forestieri berjaya menghidu peluang di hadapan pintu gol lawan untuk menambah gol ketiga pada minit ke-60.

Kecuaian pemain Kelantan mengundang padah apabila JDT menyumbat gol keempat menerusi Bergson da Silva sebelum pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid menoktahkan kemenangan Harimau Selatan dengan gol kelima pada minit ke-77.

Sementara itu, di Kedah, tuan rumah mengutip mata penuh hasil kemenangan 3-1 ke atas Kelantan United FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol skuad Kenari dijaringkan Ifedayo Olusegun pada minit ke-54 dan 74 manakala gol ketiga pula menerusi sepakan deras Amirbek Juraboev menewaskan penjaga gol Kelantan.

Pasukan pelawat bagaimanapun memperoleh gol sagu hati menerusi Ismaheel Akinade sebelum wisel penamat ditiupkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan