Search
Close this search box.
Ewon ketika merasmikan IKMa di Tawau, Sabah. Foto: TVS

KUSKOP kaji tubuhkan IKMa di Sarawak, Sabah

ByTVS

TAWAU, 15 Julai: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang mengkajiĀ keperluan menubuhkan Pejabat Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di daerah yang memiliki banyak koperasi di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, penubuhan IKMa dapat melengkapkan usaha kementerian dan kerajaan untuk membantu usahawan terutama ahli koperasi maju ke hadapan sekali gus mendepani persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.

“Dari segi fokus saya telah menyatakan kementerian ini (KUSKOP) tanpa mengurangkan fokus di seluruh negara saya hanya mahu fokus tambahan diberikan kepada Sabah dan Sarawak, dan hari ini merupakan satu cerminan daripada hasrat kita ini dengan menubuhkan IKMa di Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat IKMa Cawangan Tawau di Tawau, Sabah pada Sabtu.

Menurutnya, penubuhan Pejabat IKMa adalah antara sebahagian kesinambungan perancangan kementerian untuk memainkan peranan dan fungsi dalam memperkasa modal insan koperasi agar lebih berpengetahuan dan memiliki jati diri koperasi yang kukuh.

Terdahulu Ewon berkata, kementeriannya menyasarkan 800 entiti penarafan Perusahaan Sosial Asas pada tahun ini dan sehingga 15 Jun lepas jumlah perusahaan sosial yang telah diberi penarafan itu adalah sebanyak 536 entiti membabitkan syarikat dan koperasi.

Turut hadir Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan