Search
Close this search box.
Ketibaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut meriah oleh orang ramai di Summer Mall hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka tiba di Samarahan diketuai Premier Sarawak

ByRegina Lee

KOTA SAMARAHAN, 15 Julai: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang diketuai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah tiba di Bahagian Samarahan, hari ini.

Beliau kemudiannya menyaksikan acara penyerahan bendera Sarawak oleh Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah kepada Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Ketibaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar dengan seorang kanak-kanak di Summer Mall hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari turut meluangkan masa singgah di reruai Pentadbiran Bahagian Samarahan untuk menonton gimik video pembangunan di sekitar Samarahan oleh Penubuhan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

Menurut Mohamad Irwan Bahari Bujang, IRSDA merupakan agensi di bawah tanggungjawab Residen Bahagian Samarahan.

“Kami telah memaparkan transformasi ekonomi dan pembangunan di sekitar Samarahan seperti dari bermulanya penubuhan institusi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Kuching-Samarahan Expressway dan projek-projek lain yang telah mempercepatkan pembangunan di sini,” katanya ketika ditemui TVS di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama, program ‘Samarahan Kitchen’ dan Pameran Digital yang dianjurkan di Bahagian Samarahan di Summer Mall bermula sejak Jumaat menyaksikan sambutan meriah daripada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Pengarah Summer Mall, Dato Lee Chee Fui menyifatkan program berkenaan merupakan antara inisiatif pihak pengurusannya memberi manfaat kepada penduduk Kota Samarahan.

“Summer Mall telah beroperasi selama 10 tahun dan ini adalah antara inisiatif kami untuk berkhidmat kepada penduduk Kota Samarahan, jadi apa-apa yang dianjurkan di sini sudah tentunya dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan kami sangat teruja dapat menganjurkan program sebegini,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia Dan Sukan), Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dan ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan