Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim (tengah) bersama pemimpin tempatan lain melakukan gimik perasmian menekan 'butang' untuk menyalakan pintu gerbang Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2023. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak komited terhadap pelan pembaharuan bandar Sibu – Dr Sim

SIBU, 14 Julai: Kerajaan Sarawak komited terhadap pelan pembaharuan bandar Sibu, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Katanya, beliau sering mencadangkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar kawasan tebingan sungai(waterfront) di bandar ini perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan.

“Saya selalu memberitahu beliau bahawa kita harus memasukkan kawasan tebingan sungai menjadi sebahagian daripada pembaharuan bandar Sibu.

“Ia penting kerana Sibu adalah hab penting bagi pusat ekonomi, kebudayaan dan pendidikan di wilayah tengah Sarawak,” katanya ketika merasmikan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2023 di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini, malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak telah memperkenalkan Matlamat Pembangunan Mampan untuk pihak majlis tempatan di Sarawak.

“Kementerian berharap majlis tempatan dapat memulakan lebih banyak inisiatif kepada masyarakat selaras dengan visi majlis ke arah bandar yang boleh didiami dan mampan menjelang 2031.

“Malah, majlis tempatan boleh meneruskan dasar dan amalan yang menggalakkan penggunaan dan pengeluaran mampan melalui persekitaran binaan, pendidikan dan kesedaran,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kementeriannya juga memudahkan semua majlis tempatan untuk mendidik masyarakat mengenai kaedah penggunaan makanan dan air yang lebih mampan, meminimumkan sisa dengan menjalankan program kitar semula dan pengkomposan sisa organik.

Sehubungan itu, Dr Sim mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Sibu (SMC) kerana berjaya mengadakan BCF yang dapat menyatukan semua kaum dan mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian kaum.

Menurutnya, perpaduan dan kestabilan yang kukuh di Sarawak telah mengubah ekonominya kepada ekonomi baharu dan sangat berpandangan ke hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan