Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Kebudayaan Borneo(BCF) 2023 di Sibu. Foto: TVS

GPS bermesyuarat bincang isu PDP, PSB malam ini

SIBU, 15 Julai: Mesyuarat Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka diadakan di Kuching malam ini  untuk membincangkan kerjasama Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, mesyuarat itu akan mendengar penjelasan penuh berhubung kerjasama itu.

“Kita akan membincangkan perkara ini bersama-sama dalam mesyuarat esok. Itulah semangat GPS, kita boleh menang begitu banyak kerusi (dalam pilihan raya) kerana perpaduan dalam GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) di Dataran Tun Tunku Haji Bujang di sini, malam tadi.

Pada Khamis, PSB dan PDP dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur mengumumkan jalinan kerjasama dan menyokong GPS serta Kerajaan Perpaduan.

PSB sebelum ini adalah parti pembangkang, manakala PDP salah satu parti dalam gabungan GPS.

Dr Sim berkata, perkembangan itu bukan kejutan kerana PSB telah menghantar isyarat kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), PDP malah kepada SUPP.

Katanya, memandangkan GPS terdiri daripada PDP, PRS, SUPP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) maka setiap keputusan haruslah mengikut kata sepakat.

“Jika mereka bergabung (PDP dan PSB), ia adalah entiti baharu. Secara teknikal, anda perlu bertanya kepada orang yang mahir undang-undang,” katanya.

“Ia bukan lagi PDP, jadi kita lihatlah kerana jika ia bergabung, nama apa yang akan anda keluarkan? Adakah ia masih PDP atau nama baharu,” tambahnya lagi.

Katanya, kata sepakat GPS adalah bagaimana parti itu akan ke hadapan.

“Perwatakan seseorang tidak pernah berubah, jika anda anai-anai maka anda terus menjadi ‘anai-anai’. Anai-anai boleh menjadi sangat berbahaya, anda semua boleh melihatnya. Sebab itu saya tidak mahu bercakap lebih daripada itu,” katanya.

Dr Sim bagaimanapun, tidak mengulas lanjut siapa yang dimaksudkan ‘anai-anai’ itu.

PSB yang diketuai Dato Sri Wong Soon Koh ditubuhkan secara rasminya pada 2014, yang asalnya dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang merupakan serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan dijenamakan sebagai PSB pada 2018.-TVS

Tags: dr sim, GPS, pdp, psb

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan