Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Skim gaji penjawat awam disaran naik secara berperingkat – PM

ByBernama

PUTRAJAYA, 14 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

“Kadar upah dan elaun penjawat awam masih rendah, saya akui setelah lebih 10 tahun belum ada jawatankuasa dipengerusikan Perdana Menteri untuk kaji (skim itu).

“… (kita teliti) keupayaan kewangan kita dan macam mana kita boleh perbaiki dan tingkatkan (skim gaji penjawat awam),” katanya pada Cakna MADANI Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 2,400 anggota penguat kuasa.

Kerajaan kaji semula skim gaji perkhidmatan awam – Anwar

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.

“Malaysia sahaja kita ukur penjawat awam keseluruhannya termasuk polis, askar dan lain-lain… sesetengah negara tidak masukkan. Mulai sekarang harus diperbetul,” katanya.

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa delegasi Hong Kong akan berkunjung ke negara ini minggu depan, yang membawa mesej kemasukan pelaburan besar ke Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan