Search
Close this search box.
Para petugas sibuk melakukan persiapan menjelang perarakan sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Persiapan perarakan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka lancar

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Julai: Persiapan bagi acara perarakan untuk Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka dan kawasan sekitarnya sedang giat dijalankan.

Tinjauan TVS di lapangan hari ini mendapati khemah-khemah dan pentas utama dalam proses penyiapan akhir. 

Kerja-kerja memperindahkan kawasan persekitaran juga sedang giat dilakukan.

Seramai 3,000 peserta dijangka menyertai perarakan yang berlangsung pada 22 Julai.

Padang Merdeka, Kuching dan kawasan sekitarnya sedang disiapkan menjelang perarakan sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, acara yang bermula 8 pagi itu melibatkan 60 kontinjen yang terdiri daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam (IPTA), persatuan dan badan bukan kerajaan pelbagai etnik di Sarawak.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Bertanggungjawab bagi acara tersebut berkata, acara itu dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut dijadualkan hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.   

Acara utama lain yang dilangsungkan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka terdiri daripada Konvoi Kembara Sarawak Merdeka, Pameran Digital 60 Tahun Sarawak, Majlis Kesyukuran Perdana.

Turut akan diadakan Majlis Jamuan Negeri, Konsert Rakyat dan Persembahan Bunga Api, Perarakan Kapal Berhias dan perarakan.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan