Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersama para peserta Program Hari Suri Beriadah di Kuching, semalam. Foto: Akma Salleh (TVS)

Hari Suri Beriadah eratkan silaturahim

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Julai: Lebih sihat, aktif dan erat silaturahim. Ini objektif utama Program Hari Suri Beriadah yang diadakan julung kali, semalam.

Program yang dirasmikan Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang merupakan anjuran bersama SABATI dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota (Maksak) Wanita Sarawak.

Pengerusi Maksak Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang, berkata program bertemakan ‘Badan Sihat, Mental Cergas, Produktiviti Meningkat’ itu merupakan idea asal Juma’ani.

“Beliau mengesyorkan supaya kami (golongan wanita) terutama suri rumah agar mengamalkan aktiviti sihat selain mempunyai minda yang cerdas,” katanya ditemui selepas perasmian Hari Suri Beriadah di pekarangan Wisma Sabati.

Menurutnya, penganjuran program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan para wanita.

“Untuk hari ini kira-kira 60 orang peserta dari jabatan-jabatan melibatkan diri dengan aktiviti yang kita anjurkan seperti Chairobic bimbingan Unit Geriatrik Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan