Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto TVS.

RM60 juta kerugian dicatat jenayah komersil di Sarawak

KUCHING, 12 Julai: Jenayah Komersial di Sarawak bagi tempoh enam bulan tahun ini mencatatkan 1,465 kes dengan kerugian mencecah RM60 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tempoh sepanjang Januari hingga Jun ini juga menyaksikan peningkatan kepada 1,465 kes iaitu sebanyak 187 kes atau 14.63 peratus berbanding 1,278 kes dengan kerugian RM36 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

“Kes-kes jenayah komersil di Sarawak yang melibatkan mangsa paling ramai di negeri ini serta kerugian yang tinggi merangkumi kes yang pertama iaitu kes E-dagang iaitu 279 kes dengan mencatat kerugian berjumlah RM 2.06 juta.

“Kedua, kes tawaran pekerjaan sebanyak 165 kes melibatkan kerugian RM 3.9 juta. Ketiga, pinjaman tidak wujud iaitu 154 kes, dengan kerugian RM 1 juta. Keempat, pelaburan sebanyak 115 kes dengan kerugian RM 12.4 juta. Akhir sekali, phone scam sebanyak 111 kes dengan kerugian RM8 juta,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) Kuching di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, Azman menegaskan polis giat membanteras kes-kes jenayah seperti penipuan, pecah amanah jenayah, pemberi pinjam wang tanpa lesen, wang palsu dan sebagainya.

Meskipun berlaku peningkatan dalam kes jenayah komersil, beliau dalam pada itu meyakini bahawa jenayah berkenaan dapat dibendung dengan kesedaran orang ramai terhadap activiti penipuan atas talian yang berleluasa dan sentiasa peka dengan penggunaan platform digital masa kini.

“Dengan ini PDRM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam mengakses laman seperti iklan di laman sosial dan sebagainya.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat perbankan peribadi kepada pihak ketiga,” tegasnya.

Untuk rekod, bagi jenayah lain, perbandingan bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2023 dengan tahun 2022, kontinjen Sarawak telah mencatatkan penurunan daripada 1,914 kes kepada 1,808 kes iaitu penurunan sebanyak 106 kes atau enam peratus.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan