Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan komunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang (dua kiri) ketika sidang media Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain 2023 di Pejabat UNIFOR, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Sikap toleransi, saling memahami asas kemakmuran, kestabilan Sarawak

KUCHING, 11 Julai: Saling memahami dan sikap toleransi antara pelbagai kaum dan agama sejak sekian lama menjadi kunci kemakmuran dan kestabilan yang dinikmati Sarawak, malah secara tidak langsung mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di sebuah negeri yang memiliki komposisi etnik terbesar di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak, Dato Sri Tay Chin Kin berkata, sikap yang dimiliki oleh rakyat Sarawak itu menjadikan negeri ini unik berbanding negeri-negeri lain.

“Sarawak amat berbeza kerana saya pernah pergi ke lebih 20 negara dan saya sendiri yang lahir di China masih merasakan Sarawak adalah yang terbaik.

“Di sini (Sarawak) kita ibarat sebuah keluarga dan apabila bertemu di kedai kopi pun banyak perkara yang dapat dibualkan bersama, di Sarawak kita tidak menilai berdasarkan agama atau bangsa seseorang itu,” katanya ketika sidang media Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain 2023 di Pejabat UNIFOR di sini, hari ini.

Menurut Tay, sebagai seorang ahli perniagaan, kemakmuran dan kestabilan dimiliki oleh Sarawak itu banyak memudahkan urusan perniagaan yang dijalankannya.

“Kita ingin mengingatkan semua pihak untuk sentiasa menjaga dan mengekalkan kemakmuran tersebut untuk kebaikan generasi kini dan seterusnya,” ujarnya.

Katanya, keadaan kacau bilau yang berlaku di luar negara harus dijadikan tauladan untuk sentiasa bersikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain.

“Ia bagi memastikan semua perkara yang dinikmati generasi terdahulu dan terkini akan dapat dikekalkan dan di wariskan kepada generasi seterusnya,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan