Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka sejauh 168.3 kilometer (km) bermula dari Stadium Tertutup Miri ke Naim Street Mall Bintulu hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak ketuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Serian ke Samarahan

ByDayu Adruce

KUCHING, 11 Julai: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Bahagian Serian ke Bahagian Samarahan pada 15 Julai ini.   

Kehadiran beliau merupakan kemuncak sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Bahagian Samarahan yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula 14 hingga 18 Julai.

Menurut Pejabat Residen Bahagian Samarahan, aktiviti akan diadakan di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan dan termasuk semua daerah iaitu Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan, Gedong dan daerah kecil Sadong Jaya.  

Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka serta gerai jualan Samarahan Kitchen dan pertandingan karaoke.  

Difahamkan pada 14 Julai, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dijangka akan menyempurnakan pra perasmian gerai jualan dan Samarahan Kitchen tersebut.  

Seterusnya pada keesokannya (15 Julai) pula akan diadakan pertandingan Aerobathon, pertandingan mewarna, pertandingan E-sport (Mobile Legend, PUBG dan Bayblade), pertandingan Nopeng, Little Prince and Princes dan Pentas Rakyat berpusat di The Summer Shopping Mall, Samarahan.  

Selain menyaksikan ketibaan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang diketuai Abang Johari kemuncak acara akan diserikan dengan beliau merasmikan Pameran Digital dan melawat ke gerai jualan dan Samarahan Kitchen. 

Manakala acara ‘flag off’ Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan pada 16 Julia pula akan disemprunakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya.  

Selain diadakan di The Summer Shopping Mall, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan juga akan menjelajah ke Kompleks Sukan Asajaya bagi simbolik penyerahan bendera Sarawak kepada penduduk setempat dan turut diadakan juga pertandingan mewarna dan ‘Half Aerobathon Challenge’ serta Jom Memanah di daerah kecil Sadong Jaya. 

Jelajah Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan pada 17 Julai diteruskan di beberapa buah daerah di Samarahan antaranya daerah Samarahan, Simunjan dan Gedong dengan penyerahan bendera Sarawak kepada penduduk setempat dan penyerahan hadiah kepada pemenang pertandingan gasing di daerah Simunjan.  

Daerah Samarahan menjadi destinasi terakhir Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan termasuk diadakan Senam X-Tive bersama IPTA (UNIMAS, UiTM dan Institut Pendidikan Guru  – IPG) di perkarangan The Summer Shopping Mall dan diikuti simbolik penyerahan bendera kepada IPTA.

Pasukan konvoi juga akan mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan. 

Acara konvoi seterusnya menyaksikan penyerahan bendera kepada konvoi Bahagian Kuching yang akan diadakan di La Promenade Mall sebagai simbolik berakhirnya Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Bahagian Samarahan. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan