Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama menunjukkan suasana ketika SPM berlangsung.

Keputusan STPM 2022 pada 13 Julai – MPM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini (13 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing atau secara dalam talian mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan turut boleh didapatkan secara dalam talian di pautan kttp://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2022 pada masa dan hari sama.

“Selain itu, keputusan boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 13 Julai (Khamis) sehingga 12 tengah hari pada 23 Julai (Ahad),” menurut kenyataan itu.

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu di seluruh negara melibatkan 4,668 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan