Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sijil penghargaan kepada Agnes Tiong Hui Sing dan turut kelihatan (dari kiri) Dr TohTeck Hock, Chua Hong Bing dan Noriah Ahmad. Foto: TVS

Kejayaan Agnes kebanggaan Sarawak

SIBU, 11 Julai: Kejayaan anak jati Sibu, Agnes Tiong Hui Sing melakar kejayaan membawa pulang dua pingat gangsa dalam acara Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman, dihargai apabila menerima penghargaan daripada Special Olympics Malaysia Sarawak.

Pengerusi Sukan Olimpik Khas Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah menekankan bahawa perjuangan adik Agnes tersebut patut dibanggakan.

Jelas beliau, bukan mudah seorang atlet untuk mencapai pencapaian di peringkat dunia kerana mereka harus mengharungi peringkat sekolah, bahagian, negeri dan kebangsaan sebelum berada di kedudukan Agnes sekarang.

“Itulah impian setiap atlet. Walaupun baginya, itu bukan warna pingat yang dia mahukan, namun bagi kita pencapaian itu benar-benar hebat kerana kita tahu cabaran yang dia dan ibunya perlu lalui.

“Cabaran dia bersama-sama sebagai satu pasukan dan jurulatih mereka untuk mencapai kejayaan tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Agnes yang hadir bersama ibunya, Chua Hong Bing di Hospital Sibu hari ini.

Gadis yang mengalami kecacatan intelektual dan cacat pendengaran tersebut telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara ping pong (perseorangan perempuan) dan ping pong (berpasangan) pada sukan bertaraf dunia yang diadakan pada 17 Jun sehingga 25 Jun yang lalu.

Fatimah berharap agar Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Belia dan Sukan memberi insentif dan pengiktirafan kepada semua atlet para Sarawak yang mewakili Malaysia di atas pencapaian mereka.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu, Sarawak juga akan melakukan perkara yang sama di bawah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang diketuai oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Noriah Ahmad, Pakar Pediatrik dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sibu, Dr Toh Teck Hock dan ramai lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan