Search
Close this search box.
ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya bergambar bersama rombongan semasa tinjauannya di sekitar DUN Jemoreng sejak Jumaat lalu. Foto: TVS.

Enam buah kampung di sekitar Igan perlukan sistem perparitan – Juanda

MUKAH, 11 Julai: Kerja penambahbaikan sistem perparitan di sekitar Igan akan disegerakan demi keselesaan penduduk setempat, kata Datuk Dr Juanda Jaya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu, inisiatif itu merangkumi sebanyak 35 buah lokasi telah dicadangkan oleh penduduk di enam buah kampung di sini.

“Kami telah melawat 35 tempat yang dicadangkan oleh enam buah kampung dan cadangan-cadangan pembaikan ini seperti menaik taraf jalan raya, jalan raya ke rumah penduduk kampung, membina jeti baharu dan baik pulih jeti.

“Kerja penambahbaikan yang paling diperlukan sekali di sini ialah penyelenggaraan peparitan yang tersumbat, terputus dan pecah di samping untuk membina baharu parit-parit yang menghubungkan antara rumah ke parit utama untuk mengelakkan denggi dan kekotoran,” katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman itu berkata demikian ketika dihubungi TVS hari ini.

Juanda menambah lawatannya turut disertai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang jugas turun Padang untuk memantau kemudahan yang perlu ditambah baik di sekitar Kampung Igan.

“Usaha turun ke lapangan seperti ini adalah cukup baik ekoran kita sebagai wakil rakyat berinteraksi secara langsung dengan penduduk kampung tentang keperluan-keperluan semasa mereka yang mendesak.

“Selain itu, bantuan yang perlu diberi keutamaan yang perlu disegerakan bagi memastikan keselesaan penduduk kampung sentiasa dipelihara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Juanda turut menyarankan JKKK agar mengadakan gotong-royong di peringkat kampung sebelum penilaian penambahbaikan dilaksanakan oleh agensi berkaitan. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan