Search
Close this search box.
Pekerja keselamatan memeriksa tapak kemalangan di mana galang logam besar di lebuh raya bertingkat sedang dalam pembinaan di Lat Krabang, Bangkok di Thailand. Foto: AFP.

Dua maut selepas ditimpa runtuhan lebuh raya di Bangkok

ByAFP

BANGKOK, 11 Julai: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan sepuluh lagi cedera akibat dihempap runtuhan galang pembinaan di Lat Krabang, di sini pada Isnin, lapor polis.

Galang itu merupakan sebahagian daripada projek untuk membina lebuh raya bertingkat bagi mengurangkan kesesakan dalam bandar itu.

Orang awam melihat runtuhan lebuh raya bertingkat sedang dalam pembinaan di Lat Krabang, Bangkok di Thailand. Foto: AFP.

Menerusi video yang dikongsi Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana negara itu, platform logam besar yang disambungkan ke bahagian lebuh raya yang belum siap bergegar lalu runtuh, jatuh ke tanah.

“Kami belum tahu lagi punca kemalangan itu,” kata Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt ketika ditemui pemberita.

Chadchart berkata punca kejadian masih disiasat, sebelum memulakan semula operasi.

“Kami mengutamakan keselamatan terlebih dahulu. Kami akan mula mencari dengan teliti,” katanya.

Sebelum ini, kemalangan seperti itu pernah berlaku di Thailand, dengan sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas sebuah bangunan runtuh semasa pembinaan.

Insiden runtuhan galang itu mendorong kumpulan buruh untuk kembali membuat bantahan.

Sebelum ini mereka pernah buat bantahan sama mengenai standard keselamatan yang longgar dan gaji rendah di tapak pembinaan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan