Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet sukan tari Sarawak merangkul tiga pingat emas dan tiga gangsa pada kejohanan Hanoi Stars Open ke-3. Foto: Russell and Randell Dance Company (FB).

Atlet tari Sarawak raih tiga emas, tiga gangsa pada Kejohanan Hanoi Stars

KUCHING, 11 Julai: Atlet sukan tari Sarawak merangkul tiga pingat emas dan tiga gangsa pada kejohanan Hanoi Stars Open ke-3, kejohanan yang disenaraikan di bawah Persekutuan Sukan Tarian Dunia (WDSF), di Vietnam pada Sabtu dan Ahad lepas.

Persatuan Sukan Tari Sarawak (SDA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan trio dianggotai Amy Kho Yien Xing, Eunice Ling dan Cordelia Wee itu dibimbing oleh jurulatih Cindy Chung.

Amy muncul juara bagi kategori Adult Solo Open Latin dan Adult Solo Grade C Open Latin dalam kejohanan itu yang turut disertai antaranya atlet tuan rumah, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Filipina, Kazakhstan dan Kyrgyzstan.

Cordelia meraih gangsa dalam kedua-dua kategori sama manakala Eunice membawa pulang emas dalam kategori Youth Solo Grade C Open dan gangsa dalam Junior Solo Grade C Open.

Eunice turut menduduki tempat kelima dalam Junior Solo Grade A Open bersama-sama dua lagi atlet tari muda Sarawak, Valery Chung dan Erin Ung yang masing-masing berjaya mara hingga separuh akhir dan suku akhir dalam kategori Junior dan Juvenile.

Sementara itu, Chung yang juga pengurus pasukan dalam kenyataan sama berkata pencapaian yang membanggakan itu telah melepasi sasaran awal mereka menyertai kejohanan itu yang bertujuan memberi pendedahan kepada lima atlet sukan tari berkenaan yang menjalani latihan di sebuah pusat latihan tarian di sini.

“Sebelum kejohanan itu, pasukan berkenaan juga telah menyertai Kem Tarian Asia selama tiga hari di Hanoi dan ia sememangnya pengalaman yang bermanfaat kepada mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan