Search
Close this search box.
Kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu dekat Gopeng. Gambar hiasan: Envato.

Suami isteri maut, dua parah kereta terbabas

ByBernama

IPOH, 10 Julai: Suami isteri maut, manakala dua lagi termasuk kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu dekat Gopeng, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4 petang oleh orang awam.

Beliau berkata mangsa yang maut Mohd Ramddan Abd Rahim, 44 dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43.

“Dua mangsa yang cedera parah adalah wanita warga emas berusia 63 tahun serta kanak-kanak berusia tujuh tahun, telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan