Search
Close this search box.
Nur Hazirah (dua dari kiri) meraikan kejayaan meraih pingat gangsa acara berkumpulan Kejohanan Boling Asia Di Bangkok,Thailand petang tadi. Foto: Bowling Malaysia

Sorakan Agi Hidup Agi Ngelaban suntik perjuangan Nur Hazirah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Pemain boling kebangsaan, Nur Hazirah Ramli berjaya meraih pingat pertamanya pada Kejohanan Boling Remaja Asia di Bangkok, Thailand petang tadi.

Kejayaan itu hadir menerusi pingat gangsa acara berpasukan yang turut dibarisi oleh Adelia Nur Irwan Syazalee, Nurul Anis Nabila Mohd Nizam dan Annis Hannani Romzi.

Nur Hazirah, 20, yang berasal dari Kuching, Sarawak berkata, kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah kerana dia dan rakan sepasukan terpaksa bangkit selepas menamatkan blok pertama di tempat ketujuh semalam.

“Strategi kami pada blok kedua hari ini ialah cuba membuat balingan yang lebih baik berbanding semalam.

“Kami juga membuat keputusan dengan lebih cepat sekiranya perlu melakukan perubahan tempat balingan atau memilih bola yang sesuai dengan keadaan minyak di permukaan lorong ,”katanya kepada TVS.

Dalam aksi lewat petang tadi di Pusat Boling Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Malaysia di tempat ketiga dan hanya mendahului Filipina dengan 26 pin apabila menamatkan permainan kelima.

Catatan 792 pin yang dilakukan Nur Hazirah dan rakan sepasukan pada permainan terakhir yang menjadikan jumlah keseluruhan 4,524 pin kemudian mengesahkan pingat gangsa Malaysia.

Singapura selesa meraih emas dengan catatan 4,876 pin manakala Korea Selatan di tempat kedua dengan 4,729 pin.

Filipina terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Nur Hazirah juga muncul pemain terbaik Malaysia apabila menyumbang 1,218 pin manakala Adelia Nur melakukan 1,100 pin, Nurul Anis Nabila (1,041) dan Annis Hannani dengan 1,165 pin.

Sementara itu Nur Hazirah berkata sokongan pasukan lelaki negara yang berteriak Agi Hidup Agi Ngelaban ketika mereka beraksi petang tadi turut memberi suntikan semangat.

“Mereka sangat membantu dan yang penting, kami semua pulang ke tanah air dengan pingat,” katanya.

Dalam pada itu Juara Remaja Perempuan Terbuka Malaysia itu mengakui tekanan yang dihadapinya pada kejohanan ini masih belum berakhir apabila akan turun beraksi dalam acara akhirnya iaitu master pagi esok.

“Sudah pasti saya sasarkan emas namun saya akan mencuba yang terbaik pagi esok,”katanya.

Setakat ini Malaysia sudah meraih satu emas, dua perak dan empat gangsa.

Selain Nur Hazirah, tiga lagi wakil perempuan negara turut layak ke acara master manakala tiga pemain lelaki termasuk Tsen Fen Yew dari Sarawak, Muhammad Hariz Adlan Azman (Pulau Pinang) dan Muhammad Danial Abu Samah yang berasal dari Pahang turut berpeluang menambah pingat untuk Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan