Search
Close this search box.
Tangkap layar video tular memaparkan dua lelaki didakwa sedang memukul seekor anjing sehingga mati di dalam kawasan semak di Telok Tempoyak, Batu Maung Sabtu lalu. Foto: @syhmee (Twitter)

Polis buru dua lelaki seksa anjing dengan kayu hingga mati

BALIK PULAU, 10 Julai: Polis memburu dua lelaki yang terbabit dalam kejadian menyeksa seekor anjing sehingga mati dipercayai berlaku di Telok Tempoyak, Batu Maung di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya semalam telah mengesan satu artikel atas talian yang mengandungi video mempamerkan adegan dua lelaki sedang menyerang sesuatu menggunakan kayu di dalam kawasan semak.

Tiga lelaki ditahan kes seksa anjing hingga mati

Ujar beliau, siasatan polis kemudiannya mendapati video itu dirakam seorang individu yang merupakan saksi dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam tersebut.

“Menurut saksi, dia melihat dua lelaki yang tidak dikenali tinggal berdekatan tempat kejadian sedang menyerang seekor anjing yang terjatuh di dalam longkang di tepi jalan.

“Saksi kemudiannya menghantar rakaman itu kepada rakannya yang tinggal di Petaling Jaya, Selangor sebelum ditularkan menggunakan akaun (media sosial) Twitter @syhmiee,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, polis sedang berusaha mengesan suspek bagi membantu siasatan dan membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sementara itu, video berdurasi 35 saat itu memaparkan dua lelaki sedang memukul dan menyeksa dipercayai seekor anjing di dalam semak dengan kayu.

Menerusi penerangan video itu, saksi mendakwa anjing tersebut telah melintas secara tiba-tiba di sebatang jalan kampung.

Anjing itu dikatakan dilanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri ke dalam longkang dalam keadaan kaki patah.

Saksi mendakwa anjing berkenaan telah dipukul sehingga mati. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan