Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran di Matu, pada Ahad. Foto: TVS

Mangsa kebakaran di Matu perlu dua buah rumah baharu

MUKAH, 10 Julai: Satu laporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JKBNS) bagi mendapatkan kelulusan cadangan pembinaan rumah baharu untuk mangsa kebakaran di Kampung Treng, Matu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, walaupun kejadian itu hanya melibatkan sebuah rumah namun terdapat keperluan untuk membina dua buah rumah di tapak sama berikutan jumlah mangsa yang ramai.

Beliau tidak menafikan prosedur kerajaan menggantikan rumah yang terbakar sahaja namun kejadian melibatkan dua buah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.

“Saya dan Pegawai Daerah mendapati mereka yang tinggal di rumah ini adalah keluarga yang besar, maka saya merayu kepada Kerajaan Sarawak agar meluluskan peruntukan bagi pembinaan dua rumah sebagai ganti kepada keluarga ini,” katanya kepada media, semalam.

Beliau yang Juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Intergriti dan Ombudsman berkata, sejak hari pertama kejadian, ramai yang menghulurkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Selain Pusat Khidmat N.44 Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng katanya, pelbagai agensi termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut menghulurkan sumbangan.

“Ramai yang menghulurkan sumbangan sama ada agensi kerajaan mahu pun bukan kerajaan, malah persatuan juga membantu. Ini membuktikan kerjasama dan kesepakatan yang begitu padu dalam kalangan penduduk,” katanya.

Juanda turut meluangkan masa menyantuni mangsa sambil melihat sendiri keadaan di lokasi kejadian yang berlaku pada petang 4 Julai lalu itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan