Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meninjau keperluan penduduk kampung Tanjung Pagar,Sundar di Lawas, semalam. Foto: TVS

JKKK berperanan salurkan maklumat golongan perlu bantuan kepada agensi kerajaan

LAWAS, 10 Julai: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai pemimpin di peringkat akar umbi perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam memastikan segala bantuan kerajaan dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hanya pemimpin di peringkat akar umbi lebih dekat dan mempunyai maklumat berkaitan penduduk di kawasan masing-masing khusus yang memerlukan bantuan.

“Kita sama-sama membantu dan bukannya mengharapkan pemimpin sahaja untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan.

“Sebaiknya kita bekerjasama di semua peringkat khususnya di akar umbi bagi mengesan dan menyimpan data rakyat kita yang susah untuk kita bantu bersama,” ujarnya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja meninjau sebuah rumah milik orang yang kurang berkemampuan di Kampung Tanjung Pagar Sundar, semalam.

Awang Tengah yang juga ADUN Bukit Sari diiringi Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, Setiausaha Politik Kepada Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa menyantuni golongan kurang berkemampuan di kawasan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan