Search
Close this search box.
Sapok Biki (kiri) dan Johan Ghazali. Foto: Aziz Soleh (TVS) dan Instagram Johan Ghazali

Berlatih lebih gigih, pesan Sapok kepada Jojo jika ingin menang ONE Championship

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 10 Julai: Bekas petinju negara, Sapok Biki, memberi kata-kata perangsang kepada juara dunia remaja Muay Thai, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar agar berlatih lebih gigih jika ingin memenangi tali pinggang ONE Championship.

Sapok mahu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, 16, lebih fokus dengan latihan dan tidak berada dalam zon selesa walaupun cemerlang meraih dua kemenangan dengan pukul ‘knockout’ (KO) sebelum ini.

“Saya harap dia lebih menumpukan dengan latihan-latihan yang gigih sebab kita tahu nak rebut tali pinggang bukan dekat Asia sahaja, banyak lagi negara yang mampu menguasai kejohanan atau merebut tali pinggang.

“Saya harap Jojo akan buat latihan lebih rapi lagi, jurulatih dia kena beri intensiti latihan yang lebih tinggi sebagai persediaan bagi dia berdepan dengan atlet dari negara hebat seperti Thailand dan Rusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada sesi pemilihan atlet tinju bagi mewakili Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Sapok juga menasihatkan atlet berkenaan untuk tidak terlalu mengejar ganjaran wang kemenangan sahaja kerana ia boleh menjejaskan fokus atlet muda itu untuk meneruskan rentak kecemerlangan.

“Bila bermain sebab nak menang duit sahaja kita akan bermain cara untuk ‘knockout’ (KO). Kita akan cedera dan kecederaan itu akan membuatkan karier kita hancur,” katanya.

Sebelum ini, Jojo berjaya meraih ganjaran bernilai RM44,000 sebagai bonus terhadap prestasinya selepas menumbangkan lawan dari Thailand, Padetsuk Fairtex dalam kategori flyweight.

Selepas ini Jojo akan beraksi dalam perlawanan profesional ketiganya dalam Muay Thai One Championship di Bangkok pada 14 Julai ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan